Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

TEMPAT MENARIK DI UKM ~ Aidiel

Imej
 Baiklah kini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang tempat menarik yang saya pasti berbeza dengan pendapat majoriti pelajar UKM. Memperkenalkan,  Pusat Kesatria UKM Saya yakin apabila ditanya kepada pelajar pelajar lain tentang tempat menarik di UKM, rata rata akan menjawab Pusanika, Danau, Stadium UKM, dan sebagainya. Namun,bagi saya Pusat Kesatria UKM adalah pilihan saya untuk diceritakan kepada para pembaca. Pusat Kesatria ialah pusat bagi badan beruniform di UKM antaranya PALAPES, SUKSIS, SISPA dan Pengakap. Pejabat pentadbiran bagi setiap unit beruniform dan biasanya latihan, perjumpaan dan perhimpunan juga akan diadakan disini. Biasanya, ahli badan beruniform seperti PALAPES dan SUKSIS akan lebih sering berada disini kerana latihan mereka hampir setiap minggu berbanding unit yang lain. Jadi kenapa tempat ini menjadi pilihan saya, ini kerana saya merupakan salah seorang ahli Kor SUKSIS skuad 19. Walaupun tidak mudah, syukur saya telah berjaya melayakkan diri menye...

PENGALAMAN MINGGU PERTAMA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA -AIMAN

Imej
  Sabtu, 30 September 2023             Setibanya saya di UKM, saya memasuki pintu B dan terus menuju ke Dewan Gemilang, pada tanggapan saya untuk kali pertama, saya melihat tempat ini gah, luas, dan uniknya kawasan ini mempunyai geografi muka bumi yang berbukit-bukit. Sampainya di Dewan Gemilang, kami sekeluarga dimaklumkan hanya boleh menaiki bas untuk pergi ke kolej kediaman. Setibanya saya di Kolej Keris Mas, alangkan terpukau melihat luas dan besarkan kolej ini yang terdiri oleh blok blok lelaki dan Perempuan yang berdiri di Kawasan yang berbukit. Sejujurnya ini pengalaman yang pertama untuk saya setelah menerokai dan memasuki alam univerisiti. Saya perlu biasakan perkara-perkara seperti ini walaupun mengambil masa. Setelah melakukan pendaftaran di Bilik Konvensyen dan mengambil kunci, saya meminta abang bersama sama mengangkat barang dan menuju ke Blok 5 bilik yang telah ditempatkan untuk saya tinggal selama setahun ini....

TEMPAT YANG MENARIK DI UKM, DECTAR -AIMAN

Imej
  Gambar depan DECTAR. Berdasarkan tempat yang dirujuk, Dectar atau nama panjangnya, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) telah siap dibina pada 28 November 1978. Dewan ini telah digunakan buat pertama kalinya pada Majlis Konvokesyen UKM yang ke-6. Pembinaan yang bermula pada 21 Jun 1976 itu telah menelan belanja sebanyak RM6,9222,821. Saiz asal sewaktu siap dibina ialah seluas 153,450 kaki persegi dan merupakan dewan yang terbesar di Malaysia pada ketika itu. DECTAR telah dirasmikan pada 29 September 1979. Perang Dectar, penutup MAW.                Kemeriahan dan tarikan yang sedia ada di Dectar pada tiap-tiap tahun lazimnya menjadi tempat dan saksi pengijazahan oleh semua graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian. Namun, aktiviti yang dikenali sebagai tradisi ‘Perang Dectar’ dikalangan pewaris-pewaris watan acap kali didengari dan pada tahun ini sesi 2023/2024, Minggu Apresiasi Watan menjadi bualan dan tranding di ...

PENGENALAN DIRI KALAM BICARA -AIMAN

Imej
Bismillah kalam bicara, assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana sudi menerima dan mengalu-alukan kehadiran saya selaku penuntut ilmu yang baru dan menjadikan saya salah seorang keluarga baru UKM sekaligus menjadi pemegang amanah sebagai pewaris Watan! Tidak dilupakan juga kepada pensyarah yang dihormati, Dr. Sharizal Hashim yang serba banyak membantu dan membimbing kami bagi menyiapkan tugasan berkumpulan yang diberikan iaitu program EPPD1063 Aplikasi Komputer Set 1 2023/2024 yang dikendalikan oleh beliau sendiri.             Tanpa basah-basi lagi, saya selaku penulis blog ini diberi nama Muhamad Nur Aiman Bin Kamarudin, berumur 21 tahun, No. matriks: A200325, berasal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor dan merupakan anak jati negeri Johor sendiri yang memegang kad pengenalan 01. Saya merupakan anak bongsu dari...

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI UKM - PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (Irenaeus)

Imej
Hari ini saya ingin bercerita tentang tempat yang menarik di UKM  Seperti yang semua tahu UKM merupakan Universiti yang amat mementingkan kebajikan mahasiswa dan telah pun menyediakan pelbagai kemudahan untuk mahasiswa. Antaranya saya rasa yang paling penting adalah Pusat Kesihatan Universiti atau lebih dikenali sebagai PKU. Pusat Kesihatan Universiti terletak berdekatan dengan Kolej Ungku Omar dan Kolej Burhanuddin Helmi. PKU juga senang diakses dengan menaiki bas zon yang sedia ada di dalam UKM. Untuk pengetahuan semua, rawatan dan ubat di Pusat Kesihatan Universiti adalah percuma untuk semua mahasiswa dan kakitangan UKM. PKU juga memnyediakan perkhidmatan untuk rawatan gigi. Pesakit boleh jumpa doktor secara walk in.  Di sini saya juga ingin mengongsikan prosedur untuk mendapatkan rawatan di PKU. Bila sampai sahaja di Pusat Kesihatan UKM, terus ke kaunter untuk mengabil nombor giliran dan menunggu di luar bilik rawatan nombor 11. Pegawai kesihatan akan membuat ujian tekanan...

MINGGU PERTAMA DI UKM - Irenaeus

Imej
 Selamat sejahtera semua, hari ini saya ingin kongsikan dengan semua perasaan dan juga pengalaman minggu pertama saya berada di UKM. Saya rasa sangat berseronok dengan minggu apresiasi watan atau lebih dikenali sebagai MAW. Saya juga rasa bersyukur kerana dapat kolej yang berdekatan dengan fakulti, iaitu Kolej Aminuddin Baki. Suasana sepanjang MAW amat memeriahkan. Walaupun saya penat, tapi MAW ini telah menjadi satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang kehidupan saya. Pada minggu apresiasi watan saya telah memilih domain keusahawanan di mana kami diarahkan untuk membuat satu tiktok untuk mempromosikan produk-produk daripada CESMED UKM. Kami juga diarahkan untuk cuba menjual produk tersebut supaya dapat berlatih kemahiran keusahawanan kami. Dilampirkan di bawah adalah satu clip daripada video tiktok kumpulan saya.

PENGENALAN DIRI - Irenaeus

Imej
EPPD1063 Aplikasi Komputer Set 1 Sem 1 2023/2024. Kami telah bersepakat untuk melaksanakan tugasan ini berkenaan tentang kehidupan kami setelah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada pewaris watan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.  Justeru itu, Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pensyarah kami dalam program ini  Dr. Sharizal Hashim yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan in .    Selamat sejahtera semua, di sini saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Irenaeus Chai Yu Heng dan saya asal daripada Kuching, Sarawak.  Hobby saya adalah main badminton dan haiwan kegemaran saya adalah kucing.  Saya merupakan pelajar tahun 1 kursus pentadbiran perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya pilih kursus tersebut kerana saya merupakan seorang yang introvert dan ingin mencabar diri untuk menambahbaik kemahiran sosial saya. Saya juga sangat minat dengan bidang pengurusan.

TEMPAT MENARIK DI UKM -PUSANIKA (Hatib)

Imej
                                                                                          PUSANIKA Pusanika UKM merupakan bangunan empat tingkat berkeluasan fizikal 164,641 kakipersegi dan bertindak sebagai pusat kemudahan utama di UKM. Selain menempatkan ruang pejabat bagi Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan persatuan-persatuan yang bernaung di bawahnya, pusanika turut menyediakan kemudahan seperti pejabat pos, bank, kedai buku, kafetaria, kedai runcit, mesin ATM dan sebagainya. Selain itu,  Pusat Pengurusan dan Pembangunan Mahasiswa (SISWA-UKM) serta Pusat Pengurusan PUSANIKA (PUSANIKA-UKM) telah digabungkan/distrukturkan semula menjadi Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) bermula pada 6 Ogos 2019. PUSAT PERUMAHAN PELAJA...

PENGALAMAN MINGGU PERTAMA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Hatib

Imej
Salam kawan-kawan, jadi harini saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang minggu pertama berada di Universiti Kebangsaan Malaysia atau disingkatkan kepada UKM.          Jadi saya bertolak dari Penang ke UKM Bangi,Selangor sehari sebelum hari pendaftaran. Masa tu memang rasa sangat teruja sebab akan jumpa ramai kawan dari macam-macam negeri termasuklah kawan dari luar negara. Jadi, sebenarnya persiapan saya boleh dikatakan agak kelam-kabut sebab saya kena cari balik dokumen-dokumen lama saya , ye lah kan , saya kan tangguh pengajian saya setahun sebelum sambung belajar di UKM. Sebabnya , setahun sebelum tu saya dapat Universiti yang saya kurang berminat , jadi saya buat keputusan untuk tolak tawaran pada tahun tersebut dan mencuba nasib saya pada tahun seterusnya. Tak sangka saya dapat juga Universiti yang saya impikan sejak saya sekolah menengah lagi. Memang betul-betul bersyukur la waktu tu. Ok jadi nak dipendekkan ceritanya, Lepas je bertolak dari penang pad...