TEMPAT MENARIK DI UKM -PUSANIKA (Hatib)

                                                                        PUSANIKA




Pusanika UKM merupakan bangunan empat tingkat berkeluasan fizikal 164,641 kakipersegi dan bertindak sebagai pusat kemudahan utama di UKM. Selain menempatkan ruang pejabat bagi Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan persatuan-persatuan yang bernaung di bawahnya, pusanika turut menyediakan kemudahan seperti pejabat pos, bank, kedai buku, kafetaria, kedai runcit, mesin ATM dan sebagainya. Selain itu, Pusat Pengurusan dan Pembangunan Mahasiswa (SISWA-UKM) serta Pusat Pengurusan PUSANIKA (PUSANIKA-UKM) telah digabungkan/distrukturkan semula menjadi Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) bermula pada 6 Ogos 2019.







PUSAT PERUMAHAN PELAJAR






HEP-UKM






MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM



HEP-UKM pula merupakan salah satu di Universiti yang memberikan perkhidmatan secara langsung kepada pelajar-pelajar. Pusat perkhidmatan ini, secara umumnya berperanan dalam memastikan kemudahan dan perkhidmatan serta pengurusan juga pemantauan aktiviti untuk pelajar termasuk khidmat kaunseling, kebajikan, latihan dan kepimpinan, kesukarelawanan dan penerbitan. Di samping itu, pusat perkhidmatan ini turut berperanan sebagai penasihat, pemudahcara dan menguruskan soal-soal kebajikan pelajar keseluruhannya



MESIN ATM DAN RUANGAN ARAS PALING ATAS



Kini , Pusanika semakin menjadi tumpuan para pelajar kerana mempunyai pelbagai aneka jualan dari jenama-jenama terkenal yang kini menjadi kegilaan kebanyakan masyarakat . Antara jenama jualan yang terdapat di Pusanika ialah :



E-MART
(Makanan, minuman dan barangan runcit)

E-MART Pusanika menawarkan pelbagai menu yang berasal dari Korea kepada warga UKM.
    




ZUS COFFEE
( Makanan dan minuman )

Dengan bahan-bahan berkualiti terbaik, teknologi pembuatan kopi peringkat tinggi dan model perniagaan yang inovatif, Zus Coffee mengembangkan konsep penggunaan kopi untuk menjadikan kopi istimewa mampu milik untuk semua orang, setiap hari terutamanya warga UKM yang meminati kopi.






99SPEEDMART
(Barangan runcit)

99SPEEDMART menjadi pilihan warga UKM untuk membeli barangan keperluan peribadi kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding kedai lain.






HOT MEAL BAR
(Makanan dan minuman)
 Hot Meal Bar juga terkenal di kalangan pelajar kerana Menu Rahmah (RM5) yang ditawarkan kepada warga UKM.






KAIICE
(Ais krim)






KIMS
(Donut)






HE & SHE COFFEE
(Makanan dan minuman)






SEN TEPPANYAKI
( Makanan dan minuman )

Teppanyaki ialah gaya masakan Jepun, dan berasal daripada perkataan 'teppan' (pinggan besi) dan 'yaki' (dibakar, direbus, atau digoreng). Jadi, ia secara literal bermaksud 'memanggang di atas pinggan besi'








E-SPORT ARENA

E-SPORT ARENA merupakan premis yang baru sahaja dibuka dan ia menawarkan perkhidmatan komputer serta makanan & minuman. Dalam erti kata lain ia merupaka Cyber Cafe versi UKM sendiri .





Oleh itu, tidak hairanlah jika Pusanika merupakan antara tempat yang terkenal dan sering dikunjungi oleh warga UKM terutamanya kalangan pelajar. Pusanika bukan sahaja tempat untuk berurusan dengan pihak UKM , malah di tingkat bawah , terdapat pelbagai premis perniagaan yang semestinya dapat memukau anda semua yang datang ke Pusanika. Sambil "healing" anda boleh menikmati hidangan yang enak dan berpatutan dengan kualiti makanan tersebut. Saya berharap agar Pusanika dapat berkembang maju dan terus menjadi tempat tarikan warga UKM dengan mempelbagaikan jenama perniagaan serta memperluaskan jaringan perkhidmatan yang ditawarkan di situ. Akhir kata, warga UKM seharusnya memberi dukungan yang berpanjangan terhadap Pusanika agar Pusanika dapat bertahan untuk tempoh jangka masa yang panjang.











Sekian , dan jumpa lagi di Blog yang seterusnya, terima kasih semua.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMPAT YANG MENARIK DI UKM, DECTAR -AIMAN

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI UKM - PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (Irenaeus)