PENGENALAN DIRI KALAM BICARA -AIMAN

Bismillah kalam bicara, assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana sudi menerima dan mengalu-alukan kehadiran saya selaku penuntut ilmu yang baru dan menjadikan saya salah seorang keluarga baru UKM sekaligus menjadi pemegang amanah sebagai pewaris Watan! Tidak dilupakan juga kepada pensyarah yang dihormati, Dr. Sharizal Hashim yang serba banyak membantu dan membimbing kami bagi menyiapkan tugasan berkumpulan yang diberikan iaitu program EPPD1063 Aplikasi Komputer Set 1 2023/2024 yang dikendalikan oleh beliau sendiri.



            Tanpa basah-basi lagi, saya selaku penulis blog ini diberi nama Muhamad Nur Aiman Bin Kamarudin, berumur 21 tahun, No. matriks: A200325, berasal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor dan merupakan anak jati negeri Johor sendiri yang memegang kad pengenalan 01. Saya merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik serta berasal daripada keluarga yang berlatar belakangkan sebagai peniaga kecil-kecilan. Sedikit sebanyak latar belakang Pendidikan yang ingin saya kongsikan, saya telah menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah di SK Pintas Puding pada tahun 2014 selama 6 tahun. Kemudian pada tahun 2015 melanjutkan pendidikan di SMK Sri Gading dan mencurahkan cinta dan bakti selama 5 tahun berikutnya. Tidak terhenti langkah disitu, saya telah ditawarkan untuk meneruskan Pelajaran diperingkat STPM pada tahun 2021, di SMK Tun Ismail. Ujian terus datang silih berganti, wabak Covid-19 hadir namun bukan sebagai alasan bagi terhenti menuntut ilmu. Syukur alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yang dipanjatkan berjaya setelah sekian hampir 3 tahun menamatkan pendidikan di peringkat STPM dengan penerimaan anugerah pelajar cemerlang dengan CGPA 3.75. Bagi mengisi masa yang ada, saya telah bekerja di beberapa tempat & banyak mencari pengalaman kerja disamping mencari pendapatan untuk kegunaan kelak. Setelah hampir setahun menunggu pemohonan untuk melanjutkan Pelajaran diperingkat yang lebih tinggi, akhirnya penantian tidak sia-sia, saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi dengan Kepujian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMPAT MENARIK DI UKM -PUSANIKA (Hatib)

TEMPAT YANG MENARIK DI UKM, DECTAR -AIMAN

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI UKM - PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (Irenaeus)