TEMPAT YANG MENARIK DI UKM, DECTAR -AIMAN
![]() |
| Gambar depan DECTAR. |
Berdasarkan tempat yang
dirujuk, Dectar atau nama panjangnya, Dewan
Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) telah siap dibina pada 28 November 1978.
Dewan ini telah digunakan buat pertama kalinya pada Majlis Konvokesyen UKM yang
ke-6. Pembinaan yang bermula pada 21 Jun 1976 itu telah menelan belanja
sebanyak RM6,9222,821. Saiz asal sewaktu siap dibina ialah seluas 153,450 kaki
persegi dan merupakan dewan yang terbesar di Malaysia pada ketika
itu. DECTAR telah dirasmikan pada 29 September 1979.
![]() |
| Perang Dectar, penutup MAW. |
Kemeriahan dan tarikan yang
sedia ada di Dectar pada tiap-tiap tahun lazimnya menjadi tempat dan saksi
pengijazahan oleh semua graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian.
Namun, aktiviti yang dikenali sebagai tradisi ‘Perang Dectar’ dikalangan
pewaris-pewaris watan acap kali didengari dan pada tahun ini sesi 2023/2024,
Minggu Apresiasi Watan menjadi bualan dan tranding di platform-platform media
sosial negara. Tradisi yang dijadikan sebagai aktiviti penutup minggu MAW
selepas majlis upacara mengangkat ikrar selaku menjadi penuntut rasmi &
Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.
![]() |
| Pasukan sorak, Varsity Boys (VB) |
Perang Dectar yang diadakan menjadi simbolik, semangat bagi menuntut ilmu sepanjang tempoh pengajian dan sebagai kenangan yang hanya dapat dirasai sekali seumur hidup. Kepada sesiapa yang telah merasainya, ini merupakan salah satu keistimewaan yang ada berbanding Universiti lain. Perang Dectar ini melibatkan 12 kolej yang berada di UKM sendiri, cara dan bagaimana permainan ini dijalankan dengan setiap kolej akan menunjukkan ‘Cheers’ kolej masing-masing dengan cuba memprovokasi pihak kolej yang lain untuk mengalah dan keluar dewan sehinggalah hanya tinggal satu-satunya kolej yang berdiri dan masih berada di dalam dectar sekaligus menjadi pemenang Perang Dectar tersebut. Kemeriahan Perang Dectar tersebut dihadirkan juga oleh kumpulan sorak atau dikenali sebagai Ultras UKM, Varsity Boys (VB). Iringan bunyi drum dan alunan kayu pengetuk menjadikan suasana bertambah menarik dan unik pada ketika itu.



Ulasan
Catat Ulasan