MINGGU PERTAMA DI UKM - Irenaeus
Selamat sejahtera semua, hari ini saya ingin kongsikan dengan semua perasaan dan juga pengalaman minggu pertama saya berada di UKM. Saya rasa sangat berseronok dengan minggu apresiasi watan atau lebih dikenali sebagai MAW. Saya juga rasa bersyukur kerana dapat kolej yang berdekatan dengan fakulti, iaitu Kolej Aminuddin Baki.
Suasana sepanjang MAW amat memeriahkan. Walaupun saya penat, tapi MAW ini telah menjadi satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang kehidupan saya.
Pada minggu apresiasi watan saya telah memilih domain keusahawanan di mana kami diarahkan untuk membuat satu tiktok untuk mempromosikan produk-produk daripada CESMED UKM. Kami juga diarahkan untuk cuba menjual produk tersebut supaya dapat berlatih kemahiran keusahawanan kami. Dilampirkan di bawah adalah satu clip daripada video tiktok kumpulan saya.




Ulasan
Catat Ulasan