KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI UKM - PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (Irenaeus)







Hari ini saya ingin bercerita tentang tempat yang menarik di UKM

 Seperti yang semua tahu UKM merupakan Universiti yang amat mementingkan kebajikan mahasiswa dan telah pun menyediakan pelbagai kemudahan untuk mahasiswa. Antaranya saya rasa yang paling penting adalah Pusat Kesihatan Universiti atau lebih dikenali sebagai PKU. Pusat Kesihatan Universiti terletak berdekatan dengan Kolej Ungku Omar dan Kolej Burhanuddin Helmi. PKU juga senang diakses dengan menaiki bas zon yang sedia ada di dalam UKM.

Untuk pengetahuan semua, rawatan dan ubat di Pusat Kesihatan Universiti adalah percuma untuk semua mahasiswa dan kakitangan UKM. PKU juga memnyediakan perkhidmatan untuk rawatan gigi. Pesakit boleh jumpa doktor secara walk in. 

Di sini saya juga ingin mengongsikan prosedur untuk mendapatkan rawatan di PKU. Bila sampai sahaja di Pusat Kesihatan UKM, terus ke kaunter untuk mengabil nombor giliran dan menunggu di luar bilik rawatan nombor 11. Pegawai kesihatan akan membuat ujian tekanan darah. Selepas itu, pegawai kesihatan akan memberi nombor baru untuk perjumpaan dengan doktor. Bedasarkan pengalaman saya, pegawai kesihatan dan doktor di PKU baik. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMPAT MENARIK DI UKM -PUSANIKA (Hatib)

TEMPAT YANG MENARIK DI UKM, DECTAR -AIMAN