TEMPAT MENARIK DI UKM ~ Aidiel
Baiklah kini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang tempat menarik yang saya pasti berbeza dengan pendapat majoriti pelajar UKM. Memperkenalkan,
Pusat Kesatria UKM
Saya yakin apabila ditanya kepada pelajar pelajar lain tentang tempat menarik di UKM, rata rata akan menjawab Pusanika, Danau, Stadium UKM, dan sebagainya. Namun,bagi saya Pusat Kesatria UKM adalah pilihan saya untuk diceritakan kepada para pembaca.
Pusat Kesatria ialah pusat bagi badan beruniform di UKM antaranya PALAPES, SUKSIS, SISPA dan Pengakap. Pejabat pentadbiran bagi setiap unit beruniform dan biasanya latihan, perjumpaan dan perhimpunan juga akan diadakan disini. Biasanya, ahli badan beruniform seperti PALAPES dan SUKSIS akan lebih sering berada disini kerana latihan mereka hampir setiap minggu berbanding unit yang lain.
Jadi kenapa tempat ini menjadi pilihan saya, ini kerana saya merupakan salah seorang ahli Kor SUKSIS skuad 19. Walaupun tidak mudah, syukur saya telah berjaya melayakkan diri menyertai Kor ini melalui ujian kesihatan, fizikal, temuduga sebelum diterima.
Salah satu ujian fizikal larian 2.4 KM dengan catatan masa bawah 13 minit
Disini, saya telah memperoleh ramai rakan rakan baharu yang sporting, baik, ramah dan mudah bergaul. Kor SUKSIS biasanya akan membuat perjumpaan 2 kali seminggu iaitu perhimpunan pagi pada hari rabu 6-7 pagi dan hari sabtu 6 pagi - 6 petang. Secara tak langsung, kami jadi semakin rapat dan lebih mudah untuk berkenalan dengan sesama kami kerana kami kerap berjumpa bukan sahaja di Pusat Kesatria malah di fakulti, kolej,kafe dan sebagainya.
Pusat Kesatria mempunyai padang yang luas dan selesa untuk aktiviti aktiviti outdoor . Biasanya perhimpunan rasmi, aktiviti senamrobik , kawad kaki akan dijalankan disini,
Aktiviti senamrobik pagi
Di Kesatria juga terdapat kawasan hutan yang mempunyai halangan halangan yang disediakan bagi latihan. Lebih kurang sama seperti halangan yang tentera dan pelatih PLKN sediakan seperti monkey bar, flying fox. panjat dinding dan sebagainya. Pada minggu lepas, kami telah berpeluang untuk mengharunginya. Nampak seperti mudah, ternyata amat mencabar juga sebenarnya lebih lebih lagi di monkey bar kerana sekiranya jatuh, anda akan ditenggelami lumpur.
Antara halangan yang perlu diharungi ahli
Sekian, saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya tentang perkara, kawasan yang menarik di Pusat Kesatria UKM. Saya harap para pembaca akan lebih berminat dan cuba untuk mengunjungi kawasan ini sekiranya tiba di UKM suatu hari nanti. Dan jangan ragu ragu untuk menyertai kor SUKSIS, banyak perkara yang seronok, ilmu baharu, pengalaman dan aktiviti yang menarik bakal anda ceburi sepanjang tempoh 3 tahun menjadi ahli kor SUKSIS UKM. Bonusnya, sewaktu hari konvo nanti, nama anda akan disebut dengan gelaran Inspektor KS. Gempak kan, jadi jangan lepaskan peluang ini









Ulasan
Catat Ulasan