TEMPAT MENARIK DI UKM ~ Aidiel
Baiklah kini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang tempat menarik yang saya pasti berbeza dengan pendapat majoriti pelajar UKM. Memperkenalkan, Pusat Kesatria UKM Saya yakin apabila ditanya kepada pelajar pelajar lain tentang tempat menarik di UKM, rata rata akan menjawab Pusanika, Danau, Stadium UKM, dan sebagainya. Namun,bagi saya Pusat Kesatria UKM adalah pilihan saya untuk diceritakan kepada para pembaca. Pusat Kesatria ialah pusat bagi badan beruniform di UKM antaranya PALAPES, SUKSIS, SISPA dan Pengakap. Pejabat pentadbiran bagi setiap unit beruniform dan biasanya latihan, perjumpaan dan perhimpunan juga akan diadakan disini. Biasanya, ahli badan beruniform seperti PALAPES dan SUKSIS akan lebih sering berada disini kerana latihan mereka hampir setiap minggu berbanding unit yang lain. Jadi kenapa tempat ini menjadi pilihan saya, ini kerana saya merupakan salah seorang ahli Kor SUKSIS skuad 19. Walaupun tidak mudah, syukur saya telah berjaya melayakkan diri menye...