SERBA SEDIKIT TENTANG DIRI SAYA - Hatib
Assalamualaikum semua, apa khabar kawan-kawan, nama saya Muhammad Hatib Bin Muhammad Firdaus, NO. MATRIKS : A200571, Saya berumur 21 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Saya merupakan anak ke 3 dari 6 orang adik beradik dan saya adalah bekas pelajar STPM pada tahun 2021 dan telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia setahun selepas mengambil STPM iaitu pada tahun 2023.Saya mengambil Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi dan telah berada di Universiti ini selama sebulan setengah.
Sedikit kata-kata...Saya berasa sangat bertuah kerana telah terpilih untuk menjadi salah seorang pewaris watan serta mahasiswa di Universiti yang boleh dikatakan antara yang terbaik di dunia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Jadi , tujuan kami membuat blog ini adalah untuk berkongsi serba-serbi tentang kisah dan pengalaman kami sepanjang minggu pertama berada di UKM sekaligus melaksanakan tugasan berkumpulan bagi program EPPD1063 Aplikasi Komputer Set 1 Sem 1 2023/2024 . Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada tenaga pendidik saya yang telah membimbing saya bagi menjalankan tugasan berkumpulan ini iaitu Dr. Sharizal Hashim.
Ulasan
Catat Ulasan