PENGENALAN DIRI ~ Aidiel
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi meluangkan masa menziarah dan membaca blog tugasan berkumpulan kami bagi program EPPD1063 Aplikasi Komputer Set 1 Sem 1 2023/2024. Kami telah bersepakat untuk melaksanakan tugasan ini berkenaan tentang kehidupan kami setelah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada pewaris watan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Justeru itu, Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pensyarah kami dalam program ini Dr. Sharizal Hashim yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Sebagai pembuka bicara, izinkan kami memperkenalkan diri masing masing. Pertama sekali saya, Muhammad Nur Aidiel, berumur 19 tahun, No matriks : A203815. Saya merupakan anak kelahiran Pulau Pinang tetapi telah berpindah dan menetap di Melaka selama 14 tahun. Saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Sedikit latarbelakang pendidikan, Saya telah menuntut ilmu di salah satu sebuah sekolah agama bantuan kerajaan SABK iaitu Sekolah Rendah Arab Jaim Tun Razak,Melaka. Hatta, saya meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Arab Jaim Al Asyraf,Melaka sehingga tamat zaman persekolahan saya semasa di Tingkatan 5 pada tahun 2022. Tambahan pula, Saya merupakan graduan dari Kolej Matrikulasi Melaka dalam bidang perakaunan. Kini, saya sedang melanjutkan pembelajaran saya pada peringkat sarjana muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti kebangsaan Malaysia.


Ulasan
Catat Ulasan